![]() |
LOKASI
TAMAN JUNIFER
Rumah Rakyat Jambu Lapan
72100 Bahau
Negeri Sembilan

Bahau adalah sebuah PEKAN yang membangun. Dikawasan bahau terdapat beberapa pasaraya yang terkenal seperti Pasaraya Billion, Pasaraya Upwell, Pasaraya Zemart dan lain-lain lagi
SEJARAH
ASAL USUL KAMPUNG JAMBU LAPAN
"Jambu Lapan" terletak dalam Daerah Jempol dan ia merupakan sebuah perkampungan orang Melayu. Diperkampungan ini terdapat laluan sungai yang terkenal dikalangan para pedagang. laluan ini juga terkenal kerana adanya pertembungan diantara Sungai Jempol dengan Sungai Muar dihujung kampung. pada dahulunya, ketika air surut, para pedagang terpaksa menarik kapal untuk melalui kawasan yang berair. Kini, di antara perkampungan tersebut lahirlah nama yang dikenali sebagai "Penarikan".
"JAMBU LAPAN" asal usulnya dari Jempol. Ia merupakan sebuah laluan Sungai Jempol dan Sungai Muar dan merupakan juga kawasan penarikan. Sungai tersebut merupakan laluan pedagang Minangkabau dari Sumatera Barat Indonesia. Ketika pedagang sampai di Kuala Sungai Jempol, beberapa orang pemudik pergi melihat keadaan tanah dikawasan tersebut . Kemudian mereka menceritakan kepada pedagang-pedagang lain bahawa tanah tersebut cantik dan amat sesuai untuk menanam padi. Ketika mereka melihat kawasan tanah tersebut, mereka terlihat sebatang pokok jambu yang mempunyai satu gugusan terdapat lapan biji jambu sahaja. Maka, mereka petik jambu tersebut dan membawa jambu itu ke kawasan perkhemahan dan menamakan kampung tersebut dengan KAMPUNG JAMBU LAPAN.

ASAL USUL RUMAH RAKYAT JAMBU LAPAN
Taman Jambu Lapan wujud pada tahun 80-an dan dibuka oleh kerajaan Negeri Sembilan. Kemudian pada awal tahun 2015, Rumah Rakyat Jambu Lapan ini juga dikenali sebagai Taman Junifer . Pada asalnya tapak perumahan ini adalah lubuk dan padang rumput tempat ternakan lembu. Ia dibina bagi penduduk yang berpendapatan rendah (rumah murah). Majoriti penduduk taman ini berasal dari Kampung Jambu Lapan . Nisbah penduduk Rumah Rakyat Jambu Lapan adalah 7:2:1 iaitu 7 untuk Melayu, 2 untuk Cina manakala 1 untuk India.
Papan tanda yang menunjukan arah penempatan kawasan taman. Taman ini telah wujud sekitar 3 dekad yang lalu.
Papan tanda ini dipamerkan dijalan besar pada permulaan jalan dan pengakhiran jalan taman. Terdapat 200 buah rumah di taman ini. Taman ini berhampiran dengan Taman Desa Penarikan dan Taman Satelite. Ia juga dikelilingi oleh taman-taman yang lain. Taman ini telah dirasmikan oleh Dato Haji khalid bin Haji Yunus pada satu ketika dahulu.
KEMUDAHAN

Surau ini dibina bagi kemudahan orang Islam yang tinggal disini untuk melakukan ibadah solat dan aktiviti keagamaan. Pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti ceramah agama, bacaaan yasin, tahlil, berzanji, solat terawih dibulan puasa, solat sunat Hari Raya Aidilfitri dan solat sunat Hari Raya Adha.
![]() |
Terdapat Tadika Kemas bersebelahan dengan surau. Tadika ini dibina bagi kanak-kanak yang tinggal di sekitar taman ini. Tadika KEMAS ini mampu menampung sekitar 20 kanak-kanak. Terdapat pelbagai kemudahan permainan untuk kanak-kanak bermain. Tadika ini juga dilengkapkan dengan ciri keselamatan pintu pagar sempurna. Kekemasan yang dijagai rapi bagi keselesaan kanak-kanak bermain. Terdapat 2 orang tenaga pengajar.
![]() |
TABIKA PERPADUAN
Tabika perpaduan dilaksanakan bagi menyediakan pendidikan awal kanak-kanak berumur 4-6 tahun. Ia diwujudkan di Bandar dan di pinggir Bandar khususnya kawasan yang mempunyai Rukun Tetangga. Ia juga diwujudkan untuk melatih kanak-kanak menghayati nilai-nilai perpaduan, hidup bermasyarakat serta persediaan ke alam persekolahan kelak. Di tabika ini juga dapat memupuk perpaduan di kalangan ibu bapa mahupun masyarakat sekeliling

Jadual Kutipan Sampah ini telah dipaparkan di kawasan perumahan bagi pemberitahuan jadual kutipan sisa domestic dan kutipan sisa pukal atau sampah kitaran semula. Terdapat juga jadual pembersihan longkang dan jadual pemotongan rumput oleh pekerja SWM. Dalam papan tanda disertakan dengan talian aduan untuk sebarang aduan yang berkaitan.
Kedai runcit
Di perumahan Rumah Rakyat Jambu Lapan mempunyai kedai runcit yang mempunyai kemudahan siber café untuk kemudahan penduduk taman.

TAMAN REKREASI BAHAU
- Menjadi kemudahan kepada orang awam untuk beriadah.

Pam minyak ini menjadi kemudahan kepada masyarakat. Disini juga terdapat kedai Mini Mesra untuk masyarakat membeli barangan runcit.

- Menjadi kemudahan kepada orang awam untuk beriadah.

Pusat Jualan Perodua ini merupakan pusat servis yang menjadi tumpuan oleh masyarakat. Malah pusat servis ini menerima pelanggan dari pelbagai negeri.
![]() |
Masjid Al Falah Taman Tunku Puan Chik ini mempunyai keluasan tanah yang besar. Masjid ini dibina sekitar tahun 2014. Ia dibina khusus bagi penduduk berhampiran. Masjid ini juga dilengkapi dengan kemudahan wifi dan mempunyai carta organisasi yang lengkap.
![]() |
LOJI RAWATAN AIR JEMPOL SAINS
![]() |
DEWAN ORANG RAMAI RUMAH RAKYAT JAMBU LAPAN
Dewan ini dibina bagi keperluan Penduduk Rumah Rakyat Jambu Lapan. Menurut En Mohd Noor bin Ujang dewan ini juga akan digunakan bagi kemudahan majlis-majlis keraian. Dewan ini sedang di naik taraf, penambahan atap bagi mengelakkan dibasahi hujan dan penambahan kipas angin untuk keselesaan orang ramai.